Wednesday, June 13, 2007

Sergah-Terkejut

Ada kejutan-kejutan kecil dalam hidup yang sekali-sekala akan datang menyergah kita pada waktu yang tidak kita sangka-sangka. Kakak sebelah meja pagi tadi "menyergah" dengan menaip nama saya dalam enjin carian Google dan hasilnya ialah ini.

Katanya, dia menaip namanya sendiri, tapi tiada sebarang hasil carian diperoleh. Lalu kerjanya selepas itu ialah menaip nama orang lain : kawan-kawan, bos dan saya.

Hasilnya agak menarik juga. Sebenarnya saya tidak pernah tahu tulisan saya ada di situ. Jadi apabila saya mengetahuinya secara tak sengaja, saya pun jadi teruja. Haha.

No comments: