Saturday, September 20, 2008

Tikus Makan Sabun

Malam-malam di rumah sewaktu lampu telah dipadam, dari atas syiling saya akan dapat mendengar bunyi grek-grek-grek-grek-grek yang berdetap-detap kuat, bergerak laju dan kerap. Bunyi itu adalah bunyi tikus berlari. Kadang-kadang bunyinya seperti kuda berlari. Daripada bunyi-bunyi yang terkadang berbeza kekuatan dan kelajuan itu saya dapat mengagak bahawa kumpulan tikus telah membuat koloni yang besar di atas syiling rumah saya.

Berdepan situasi getir ini, saya memasang perangkap-perangkap berupa gam tikus di beberapa lokasi strategik yang saya kenal pasti sebagai laluan utama binatang kecil berbulu kelabu itu, antaranya di belakang peti sejuk, di bawah sinki dan di bawah dapur. Tetapi semua yang terkena perangkap ialah anak-anak tikus. Tikus dewasa tidak lut perangkap. Pernah di depan mata saya sendiri saya melihat seekor tikus besar dengan selamba melompat melepasi perangkap gam tikus yang saya pasang di belakang almari baju. Kini di rumah, tikus telah menjadi ancaman saya yang nombor wahid. Bekas-bekas Tupperware yang isteri saya beli dari kakaknya yang menjadi ahli Tupperware telah sompek-sompek digigit si tikus-tikus durjana. Roti yang kami beli kalau diletak di atas meja dan tidak ditutup hanya akan menjadi santapan berbuka dan sahur si tikus. Sehingga sabun mandi pun sanggup dimakannya. Cukup menyakitkan hati.

Sehingga entri ini ditulis, tikus rupa-rupanya bukanlah perkara terakhir yang menyakitkan hati saya. Apabila tikus-tikus itu menjadi banyak, ia menjadi lebih kuat, lebih berkuasa dan lebih menyakitkan hati.

Ia menjadi politikus.

5 comments:

Fadzlin said...

Tak apa Mak Usu. Tupperware ada "lifetime warranty".

Rumah ini jugak dilanggar tikus. Tikus-tikus di rumah ini juga bijak berakrobatik, tetapi tidak pula bijak memasak, membasuh baju, mengemas rumah..

Politikus pun sama. Kalau dia tolong bersihkan rumah ni pun ada pekdahnya.

P/s: Alin dah update. Cukup untuk 5 bulan lagi baru renew.

Haizir said...

Alin, warranty tu tak terima kalau kena gigit tikus. Diorang pun pandai.

Teka-teki: Tikus apa ada dua kaki?

Fadzlin said...

Cis Tupperware.

Tikus apa ada dua kaki? Senang je! Mickey Mouse!

Haizir said...

Ok, pandai. Itik apa dua kaki?

Fadzlin said...

Hehe. Trick question eh?

Itik memanglah dua kaki! ;P