Menurut Hishamuddin Rais, H1N1 atau nama manjanya, "selsema babi" dilahirkan di makmal. Ia dijadikan mesin membuat duit oleh golongan kapitalis melalui penjualan vaksinnya yang mahal, lesen menjual, pengiklanan, dan pelbagai lagi cara kreatif yang mampu difikirkan kepala otak manusia. Menjual topeng muka dengan harga lapan puluh sen seunit adalah salah satu cara yang dapat mereka fikir untuk menyembelih golongan pengguna tersepit dan malang seperti kita dan manusia terbanyak.
Dalam Like the Flowing River tulisan Paulo Coelho, seorang budak lelaki terdengar kata-kata seorang lelaki di sebelahnya, "Bumi ini semuanya kepunyaan hanya seorang lelaki. Saya boleh katakan Iblis ada saham dalam urusan itu."
1 comment:
Salam Haizir,
"selamat menjalani ibadah puasa",
"lama saudara tak mencatat di laman puisi saudara",
"masih menanti tulisan saudara".
Post a Comment