Monday, January 25, 2010

Urusan Rumah Tangga

Sabtu lalu, saya menghabiskan masa (dan peluh) yang banyak untuk mengecat rumah. Tak banyak mana pun. Ruang tamu sahaja. Pulang dari sekolah, isteri saya membantu. Sejak lebih setahun lalu sewaktu rumah ini mula dibeli, ia suci dari sebarang warna cat selain cat pihak pemaju. Kami lalu memilih untuk mengecat rumah kami perlahan-lahan bermula dari ruang tamu. Rupa-rupanya, penatnya agak boleh tahan juga.




Untuk mencapai ruang yang tak dapat dicapai ketinggian manusia biasa, saya membeli tangga. Jadi, lengkaplah sudah. Saya sudah ada rumah, dan sudah ada tangga.

Selepas selesai mengecat, perasaannya agak istimewa. Ianya adalah rasa penat yang berakhir. Ianya adalah rasa memasuki ruang baru. Dan untuk satu jangka masa yang agak lama, kami tidak dapat mengalihkan pandangan dari memandang dinding.




5 comments:

Anonymous said...

pak busu pandai mak usu pilih color..
:)
kirim salam dia ye..


lina

Haizir said...

Wa'alaikumussalam..

zuraima said...

tak sabar nak serbu rumah awak zek.

Haizir said...

serbu jangan tak serbu.

ayin said...

dh cukup yer,rumah n tangga.cantik cat baru :D