Thursday, February 25, 2010

Tambah Nasi

Timbul pula polemik tentang berarak dan berselawat. Entah apa malang nasib bangsa ini yang tidak sudah-sudah menyesak nafas menjerut leher dengan tali-tali baru konflik tanpa mahu meleraikan tali yang sedia ada. Menuju kematian, kita tidak memilih cara paling mudah untuk menghembus nafas terakhir melainkan mahu meronta-meronta terlebih dahulu menyeksa diri sendiri dengan mencari kesulitan-kesulitan baru untuk diterokai dan disengsarai. Apakah ini resam manusia atau hanya resam bangsa ini, tidaklah dapat diketahui. Seumur hidup bersengketa, mencari musuh sudah seperti mencari nasi bagi kita.


Kepada bangsa ini yang gemarkan cabaran dengan perlawanan-perlawanan sesama sendiri, ketahuilah olehmu bahawa dunia ini tidak akan pernah cukup dengan perangai-perangai buruk manusia. Hanya sahaja jika kita sanggup berdada lapang dan berfikir sedikit panjang, barulah tanah yang kita pijak ini tidak terasa sempit dan tidak seperti mahu menelan kita.

4 comments:

Fadzlin said...

Melayu memang suka bergaduh. Itu pasal 'amuk'/'amuck'/'amok' itu asalnya perkataan Melayu.

Seperti kata Rahim Razali : "Bodoh".

Fadzlin said...
This comment has been removed by the author.
Hussin said...

Sebenarnya ada hikmah dalam perbezaan pendapat jika semua pihak yang terlibat mengamalkan budaya berhujah yang sihat. Contohnya dalam isu perarakan dalam sambutan maulid nabi, oleh kerana ada pihak yang berani mencabar keadaan status quo maka telah timbul beberapa tulisan dan ulasan mengenai perkara ini. Maka dapatlah kita membaca sejarah perarakan dan sebagainya.

Perkara ini tidak akan berlaku jika setiap kita menjadi pak turut kelas pertama dalam semua perkara iaitu mengikut apa yang dianjurkan oleh orang terdahulu. Barang diingat perkara yang dibincang bukan perkara pokok dalam agama cuma perkara cabang. Perkara pokok perlu disepakati tetapi perkara cabang seharusnya boleh dibincang dan diulas.

Kalau kita lihat zaman kegemilangan Islam pasca sahabat dimana ilmuan Islam memberi sumbangan yang amat beharga kepada dunia ilmu, kesemua mereka berfikir "out of the box" dan tidak menjadi pak turut. Bayangkan jika mereka cuma belajar mengikut kitab yang sedia ada, nescaya tiada pertemuan baru dijumpai.

Wassallam.

Haizir said...

Alin, terima kasih atas komen. Mengakui kelemahan bangsa sendiri bukanlah satu kelemahan bahkan kekuatan.

Along, terima kasih atas pandangan. Ya, tiada masalah berbeza pandangan. Dari dulu lagi lewat kuliah-kuliah di markas kita telah pun diberitahu sambutan maulid itu dimulakan oleh Abu Lahab. Tetapi, kenapa dari dulu kerajaan Kelantan misalnya tidak mahu membatalkan sambutan maulidur rasul atas premis ini? Ilmu tentang ini kita dah lama ada. Hanya apabila ia disinggung Lim Guan Eng (at least), baru kita bersusah-payah cari hujah dan dalil mengatakan ini benda bid'ah, ranting dsb. Padahal, tiada masalah langsung kita berarak dan berselawat ke atas Nabi - satu budaya yang sihat. Nak bangunkan satu budaya bukan semudah merobohkannya. Ilmu yang kita peroleh dari wacana-wacana yang lahir dari polemik ini perlu disalurkan ke arah memurnikan amalan ini (contohnya, jaga aurat dsb) bukannya membunuh langsung ia. Wallahu a'lam.