Thursday, December 29, 2005
Tahun Baru
Sedar atau tidak, beberapa hari lagi akan berlaku peristiwa yang saban tahun berlaku; tahun baru. Dunia ini dan seluruh isi di dalamnya serta seluruh alam ciptaan Tuhan ini akan bertambah usianya setahun lagi, mengikut sistem kiraan Masihi. Tanpa mahu mempersoalkan kewajaran sistem ini digunapakai, sejarahnya dan apa jua pun, tahun baru tetap muncul, dengan signifikannya yang tersendiri. Aku, kita semua tetap akan menghadapinya, dengan bentuk fizikal yang lebih tua dari setahun yang lalu, sama ada kita mengakuinya atau pun tidak. Namun yang penting bukanlah tua atau muda seseorang itu bahkan bagaimana dia mengisi usianya dengan amalan-amalan yang diredhoi Tuhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment