Bermula esok, kata Penolong Pengurus (Pentadbiran dan Akaun), aku tidak lagi akan berada di bawah jabatannya. Sebaliknya aku diperlukan untuk membantu tugas-tugas stor; barangkali perlu aku mengira stok, mengemaskinikannya, menerima order penghantaran dan entah apa lagi yang belum aku ketahui. Pada mulanya aku agak kecewa dan berasa berat juga kerana perubahan ini mungkin agak membebankan namun selepas beberapa minit, aku sudah mula menerimanya dan mahu menganggapnya sebagai satu cabaran baru juga peluang untukku mencari sebarang ilmu, pengalaman atau apa jua pun yang berguna.
No comments:
Post a Comment