Saturday, October 14, 2006

Mahu atau Tidak?

Persiap senjatamu
menuju Al-Qadar
kerana medan Ramadan ini lebih tegar
daripada Badar

Taqwa yang kaurujuk lewat wahyu
Seratus lapan puluh tiga, Al-Baqarah
Bukan hadir melulu tanpa diburu
Tanpa mujahadah
'Ammarah tidak akan jadi Muthmainnah

Jika malas
Tewaslah sahaja tanpa was-was


Klang
6 Oktober 2006


3 comments:

Anonymous said...

salam... tajuk yg sangat fitting... semua bergantung pada kemahuan sendiri... kalau percaya pada janji2 Allah, pasti kita akan kejar Lailatul Qadar... moga2 diri ini & yg lain mendapat rahmat dan keredhaanNya utk bertemu dgn Al-Qadar.. *congrats! sajak yg bagus bangat!*

Haizir said...

tengkiu..tengkiu..

Anonymous said...

selamat hari raya aidilfitri... maaf zahir batin... semoga syawal kali ini bermakna... harap2 kita benar2 berjaya di sisi Allah