Antara kegembiraan pada hari raya ialah pertemuan dengan adik-beradik dan sanak-saudara. Sudah tentu kegembiraan bertemu dengan kedua ibu-bapa lebih besar. Tiada syak-wasangka tentang itu. Selainnya, hampir tiada lagi perkara yang boleh menjadi faktor kegembiraan pada Hari Raya yang lalu. Duit raya sudah tiada, bunga api dan mercun begitu juga. Hari Raya semakin hambar. Itu ialah hakikat pahit yang terpaksa ditelan setelah bergelar dewasa, atau puasa yang tidak diterima(?).
Namun Allah Yang Maha Pemurah telah menganugerahkan sedikit kegembiraan kepada saya pada hari raya keempat yang lalu. Tanpa disangka-sangka, kegembiraan* datang ke rumah berhari raya, dibawa dengan sebuah van dari negeri jiran, Johor atau lebih spesifik dari pekan Tangkak. Tanpa kunjungan itu, saya barangkali tidak punya banyak pilihan kisah kegembiraan pada Hari Raya untuk disampaikan.
Hanya sejenak. Hanya sejenak apabila kegembiraan menyimpul sekuntum senyum sebelum menyorok di sebalik van hitam yang membawanya. Selebihnya kegembiraan hanya tunduk menghadap makanan dan minuman tanpa berani meliarkan pandangannya ke mana-mana. Sebaliknya, mata inilah yang jahat mengharapkan pandangan itu jatuh kepadanya.
________________________________________
*Tunang
4 comments:
Ooo.. gitu ya.. Pak busu, ada telekung dari indonesia kak su bawa pulang. Nak tak? buat hantaran..
Nak, nak!
hhmm.. keseronokan berhari raya apabila bertemu ramai manusia seagama yang benar-benar bertemu dan berpisah kerana Allah...walaupun jauh dari keluarga. tp mmg ada la rasa beza beraya masa kecik and sekarang nie.. wpon masih eligible nak dpt duit raya.. tp sbb duk jauh, x dpt duit raya.. isk isk..
sabar eh..
Post a Comment