Gambar diambil dari Wikipedia. Televisyen tahun 1959.
Kebobrokan media dalam melaporkan perkembangan semasa dalam dan luar negara dilihat sesetengah pihak sebagai tidak boleh dipertimbangkan lagi. Natijah daripada keadaan ini lahirlah kempen-kempen memboikot media oleh sesetengah pihak yang tersebut.
Kempen ini digerakkan dengan cara mengajak orang ramai supaya tidak membeli akhbar tertentu dan menonton siaran dari syarikat penyiaran tertentu. Bukan itu sahaja, sebagai alternatif, pihak ini juga menghasilkan media mereka sendiri dengan harapan dapat menyaingi media arus perdana yang bobrok ini, atau sekurang-kurangnya sebagai hadaman sendiri di kalangan mereka dan yang dekat-dekat dengan mereka. Protes ini tentu sahaja berlandas malah bersifat massa kerana disokong dan didukung ramai, dari pelbagai lapis masyarakat juga.
Antara alasan protes ialah:
1) Syarikat-syarikat yang menguasai media negara dikuasai oleh golongan tertentu yang berkepentingan dari segi politik dan perniagaan.
2) Kesan dari 1), penyiaran media akan menjadi bahan propaganda mereka dan akan jauh dari sifat unggul media; bebas, adil dan telus.
3) Perkembangan yang tidak menyokong golongan di 1) sama ada akan dilaporkan secara berat sebelah dan tidak adil (atau bohong sama sekali) atau tidak dilaporkan langsung.
4) Media yang dikongkong dan dikunci mulut adalah perlambangan kepada jiwa hamba yang dijajah dan merupakan batu nisan kepada demokrasi yang memandang tinggi kebebasan bersuara dan beridea.
5) Media yang diperkuda adalah media yang cabul, memaksakan ideologi kepada rakyat untuk dipatuhi dan disembah sekaligus menyalahi hak manusia yang berhak membuat pilihan.
6) Media yang bias dan berpihak adalah media yang beku dari segi idealisme, kosong dan lompong jiwa, tidak akan ada pengisian untuk membina peradaban dan ketamadunan, selain dari hiasan-hiasan kosmetik untuk menampal wajah hodoh penyelewengan yang menjijikkan.
.......
Saya menasihati diri saya sendiri agar jangan menolong menampal kosmetik di wajah hodoh mereka dengan memberi mereka losyen-losyen puisi atau krim-krim cerpen!

3 comments:
yeah! boikot Astro! Suka hati je naikkan bil! Kan kitorang dah kena bayar RM 12 sorang.
Hi hi hi.. takpe gerrard punya pasal 12 pun 12 la.
yup yup.. gerrard dgn xabi.
Post a Comment