Monday, October 20, 2008

Kita Serupa

Begini, kami bersorak dengan lantang memperjuangkan kebebasan bersuara dan memberi pendapat tetapi apabila kebebasan itu; baik berita, cerita pendek atau sajak, menjentik telinga kami sedikit, kami berasa sakit dan secara automatis telah memberikan nama baru kepada kebebasan yang kami perjuangkan itu; “mempromosikan keganasan dan mengapi-apikan sentimen perkauman”, agar kami boleh bertindak menentangnya pula, sejajar dengan kepentingan kami yang tidak boleh dikompromikan.

Sebelum itu lagi kami telah menjadi begitu berang dengan penyiaran berita secara separa adil, berat sebelah dan berpihak kepada sesuatu kumpulan kerana kami pejuang keadilan dan kesamarataan, lalu ia telah mendorong kami bertindak memboikot media penyiar berita-berita seumpama itu demi menunjukkan sikap tegas kami dan sikap tidak boleh tolak-ansur kami terhadap perlakuan seperti itu. Tetapi sikap yang sama tidak kami tunjukkan jika kedapatan media-media yang menyanjung tinggi perjuangan kami walaupun secara berlebih-lebihan dan terlalu berpihak kepada kami. Ketegasan kami bertempat dan berpilih-pilih. Kami perlu bijak dalam bertindak.

Maka, apakah beza kami dengan lawan kami?

Dari segi moral, kami sama. Kami hanya berbeza kebodohan pendekatan.

1 comment:

Anonymous said...

cool blog