Sejak minggu lepas membawa ke minggu baru sudah, ada beberapa rumah terbuka yang saya dan isteri hadiri. Dari rumah-rumah jiran setaman membawa ke rumah kawan-kawan di sekitar Klang Bandar Diraja ini. Jiran saya yang pulang beraya di Kelantan baru-baru ini bercerita tentang sesaknya negeri Serambi Mekah itu dengan kenderaan sejak dari buka pintu rumah lagi. Kini, setelah semua orang balik ke bandar tetapi masih mahu menyambung raya, kesesakan itu terpencar ke seluruh negara, antara yang paling kuat merasainya ialah jalan-jalan raya di sekitar Klang, bandar Diraja di negeri Selangor Darul Ehsan.
Kesesakan jalan raya di Klang sudah jadi nasi basi, orang dah tak cakap tentangnya lagi. Cuma orang akan maki-hamun, mencarut dan tunjuk isyarat bila terperangkap lama di dalamnya sewaktu "jalan raya" ke rumah-rumah terbuka.
Bila jalan sesak, kemalangan pun banyak. Kereta rosak pun banyak. Maaf cakap, kereta yang banyak breakdown di tepi-tepi jalan ialah kereta nasional. Tetapi, kereta nasional di sini ialah kereta nasional pertama ya, bukan yang kedua.
Di rumah terbuka, kuih-kuih raya tak laku. Tuan rumah tak akan sampai hati nak hidang tetamu dengan kuih raya sahaja. Paling kurang, nasi himpit akan diberi dengan kuah kacang, kuah lodeh, atau rendang. Kadang-kadang, mihun pun ada. Sate pun ada. Roti jala pun ada. Bubur jagung pun ada buat dessert.
Persoalan yang timbul di sini ialah apa akan jadi kepada kuih-kuih raya yang banyak berbalang-balang sampai penuh kabinet dapur itu?
Ia akan dibawa ke pejabat pula, untuk digigit-gigit sementara bercerita tentang jalan beraya, kesesakan jalan raya, tidak lakunya kuih raya dan rumah terbuka di hari raya.
2 comments:
mcm kes umah aku jer ni zir :P kuih berbalang2
Memang disengajakan tu. Suruh simpan sampai raya haji. Jimat sikit.
Post a Comment