Friday, February 11, 2011

Mesir

Krisis di Mesir sudah masuk minggu ketiga dan sudah memasuki episod baru apabila Mubarak tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berdamai dengan rakyatnya apabila menyuarakan hasratnya secara terbuka untuk kekal di kerusi Presiden dan kekal di bumi Mesir meski seruan “Irhal” sudah dipekik ke lubang telinganya berjuta-juta kali oleh seluruh suara dan anak tekak yang ada di sana.

Penyataan terbuka ini hanya akan memanjangkan krisis, malah memarakkan apinya lebih besar. Provokatif. Mahu menggunakan tentera. Hanya menunggu masa. Tekanan apakah lagi yang boleh diberikan sehingga Mubarak benar-benar berundur?

Mubarak barangkali mahu mengulangi sejarah Firaun yang mati di dalam negara, ditelan laut yang diakui sebagai miliknya sendiri. Babak sejarah ini mungkin dapat kita saksikan lagi di bumi Mesir. Dalam babak tersebut, Firaun dan bala tenteranya mengejar angkatan Musa sehingga ke Laut Merah hanya untuk dikumpulkan di sana supaya seluruh rejimnya musnah terus ke dasar laut tanpa perlu dan mampu dijejak orang lagi.

Musa. Ya, Musa. Di mana Musa?

No comments: