Ada di kalangan kita yang lambat mengambil sikap terhadap isu LGBT yang ditandai oleh program Seksualiti Merdeka. Malah, mereka nyaris-nyaris memberi sokongan kepada program tersebut atas kapasiti sikap polis terhadap sesuatu isu. Polis bersikeras terhadap Bersih, maka ia menjadi tanda aras bahawa Bersih adalah benar kerana Polis sememangnya salah. Kayu ukur yang sama mereka gunakan semasa mengadili Himpun. Polis bersikap lunak terhadap Himpun, maka Himpun adalah salah. Lebih jauh, Himpun adalah Umno.
Keterlibatan Ambiga menambahkan lagi kekeliruan ini. Selaku ketua Bersih, Ambiga mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam menentukan sikap para penyokongnya. Isu hak asasi manusia yang massa perjuangkan menjadi agak "tricky" dalam kes ini. Ah, mujur Tuan Guru Nik Aziz, yang jauh lebih kita segan dan hormat berbanding Ambiga, ada di sana menyelamatkan keadaan dengan menyelar Ambiga atas sikapnya itu! Kalau tidak, barangkali kita akan sebakul dengan bekas Presiden Majlis Peguam itu dalam isu LGBT. Sekarang, dapatlah kita tampil ke muka dengan berani kerana sudah ada sikap!
No comments:
Post a Comment