Hampir dua tahun tidak mencatat di sini, mata penaku agaknya sudah tumpul. Tapi aku ada menulis cerpen-cerpen baru dan ada menghantar ke beberapa tempat. Cuma tersiar atau tidak, tidak dapat kutentukan sendiri. Selepas kelahiran kumpulan cerpenku, Siaran Radio Lewat Pagi dua tahun lepas terbitan ITBM, aku kini sedang mengumpul cerpen untuk diterbitkan sebagai kumpulan cerpenku yang kedua. Aku harap dapat menyelesaikannya sebelum hujung tahun ini sebelum mencari penerbit yang berminat. Sasaranku adalah untuk menjualnya di Johor Writer's Festival yang dianjurkan saban tahun. Akan jadi lebih menarik kalau ia dapat dilancarkan di sana.
Dan hari ini adalah ulangtahun perkahwinanku yang kesepuluh, seperti tak percaya. Belum menemui cahaya di mata, harapan dan doa kami masih panjang kepada Tuhan. Semoga Tuhan memakbulkan doa kami yang sudah sepuluh tahun usianya.
No comments:
Post a Comment