Monday, May 15, 2006

Sesi Soal Jawab

Aku mendapat satu soalan yang dihantar melalui YM yang bunyinya lebih kurang begini: "kalau perempuan yang engkau anggap kawan, tiba-tiba cakap dekat engkau, dia suka engkau, macam mana?". Tiba-tiba sahaja soalan begini terpacul, b*ngong jugak aku sekejap. Soalan ni aku tafsirkan sebagai datang dari kawan yang ingin meng"upgrade"kan status kawan tu kepada status kekasih. Dan, dia ikhlas, tanpa ada niat lain. Kalau betullah tafsiran tu, aku boleh jawab soalan tersebut dalam dua set jawapan yang berbeza. Bergantung kepada dua situasi yang berbeza.

Situasi 1

Aku akan melompat-lompat kegembiraan kerana aku semakin hampir dengan cita-citaku untuk mendirikan masjid secepat mungkin. Benda ni bagi aku samalah macam riba aku ni dah ditimpa satu benda yang besar dan berat, iaitu bulan! Tapi sebelum aku membuat apa-apa keputusan, biasanya aku akan berada dalam "mode" termenung dulu. Dan dalam keadaan itu, perkara yang diajar Nabi untuk kita buat ialah buat sembahyang istikharah. Ya, aku akan pastikan ajaran Nabi itu aku ikut sebelum sebarang keputusan diambil. Aku akan minta panduan dari Tuhan dengan sungguh-sungguh. Selepas itu, aku akan buat keputusan sama ada nak berkawan aje dengan dia atau nak "upgrade"kan hubungan tu setingkat lagi.

Situasi 2

Aku akan berasa sedih sebab aku tahu hajat dia tu takkan tercapai. Itulah status paling tinggi, dah tak boleh nak "upgrade" lagi. Bukan aku tak nak, tapi tak sanggup dan tak sampai hati.

Sekira-kira, itulah jawapan yang munasabah yang aku boleh bagi. Tak tahulah kalau dapat memuaskan hati yang bertanya. Kalau korang nak tahu, Situasi 1 ialah situasi "sebelum" dan Situasi 2 ialah situasi "selepas". Kalau korang nak tahu jugak, kedua-dua situasi tu ada bau-bau bacang dengan situasi yang pernah aku alami. Apakah "sebelum" dan apakah "selepas"? Asyik aku je bagi jawapan. Korang carilah jawapan sendiri. Klunya? Awek.