Tuesday, May 23, 2006

Sesal

Antara iman dan kufur, ruang di antaranya terlalu halus dan seni. Sempadannya.., aduh! Seolah-olah tiada! Maka bagaimanakah kita tahu di mana kita berada sebenarnya? Perkara ini (tidak tahu status) adalah hakikat yang paling menakutkan. Kalau seseorang itu berada dalam lubang maksiat sedemikian lama, adakah dia mampu percaya dia berada dalam status iman? Sambil hampir menitiskan air mata, aku mahu mengaku aku tidak mampu bersuara dengan lantang dan yakin bahawa statusku kini adalah seorang mukmin. Saban waktu aku hanya mengharapkan keampunan Allah hanya untuk kembali berdosa selepasnya. Adakah aku hamba Allah yang taat? Bahkan aku telah derhaka kepada-Nya! Ya, Allah! Hamba-Mu yang jahat ini meminta ampun lagi kepada-Mu! Ampunilah daku, ya Allah! Ampunilah..!

No comments: