Saturday, November 18, 2006

Berwudhu' Dengan Ekstrem

Sudah lama sebenarnya saya menyimpan rasa tidak puas hati ini.

Semalam, Jumaat. Seperti biasa, penuhlah masjid dengan umat untuk menunaikan kewajipan mingguan itu. Baguslah.

Cuma yang menjadi ke"bengang"an saya ialah sewaktu kita semua beramai-ramai memenuhi deretan pili air untuk berwudhu', terdapat segelintir manusia yang kelihatannya seperti sudah setahun tak jumpa air lalu mengambil wudhu' dengan begitu ekstrem; membuka pili air sebesar-besarnya, menyapu anggota wudhu' dengan sangat ganas sehingga memercik-mercik airnya kepada orang lain di pili air berhampiran.

Geram1:
Pembaziran berlaku. Rasulullah pernah bersabda yang kira-kira mafhumnya; walaupun kamu berwudhu' dengan air sungai yang mengalir, berjimatlah.
Malah Rasulullah hanya menggunakan satu bejana air yang kecil untuk berwudhu'.

Geram2:
Percikan air itu ialah air musta'mal. Kalau kena kat saya, kan ke kena ambil wudhu' balik? Bakar darah betul!!

Geram3:
Siapa yang tak geram kalau orang percik-percik air kat kita?


Ada hadith lain yang kalau tak silap saya bermaksud kira-kira; ketika kamu marah, jika sedang berdiri, duduklah. Kemudian, ambillah wudhu'.

Sepatutnya saya tidak akan marah orang kerana wudhu' itu penawar marah. (Ada hadith yang saya ingat berbunyi: "La Taghdhab", yang bermaksud "Janganlah kamu marah"). Tidak, saya tidak marah. Cuma geram. Sebaliknya orang itu yang ambil wudhu' sebegitu telah menyebabkan orang lain marah. Dalam kes saya, geram. Sabar, sabar..


No comments: