Friday, March 23, 2007

Meter Sabar

Kadang-kadang akan ada orang jahat di sekeliling kita untuk menjadi mesin penguji parameter kesabaran kita, setinggi manakah bacaannya.

Hari ini sewaktu keluar dari masjid selepas solat Jumaat, kesabaran saya diuji oleh mesin itu, yang tidak saya temui kerana sewaktu pengujian dijalankan, dia sudah berlalu, hilang entah ke mana. Yang tinggal ialah motosikal saya yang sudah ditoreh seatnya sehingga menampakkan gabus di dalam yang berwarna kuning, serta bacaan meter kesabaran saya yang tidak d iketahui bacaannya.

Sewaktu menceritakannya kepada rakan sepejabat, sambil tergelak rakan saya itu berkata, "Takkan budak tu nak tampal seluar jeans dia kot! Ha! Ha! Ha!," begitulah lebih kurang kata-kata (dan gelak-gelak) rakan saya. Untuk rujukan, kawan saya itu meminati cerita Rock, yang salah satu wataknya telah memotong sarung kusyen bas guna menampal seluar jeansnya supaya kelihatan "rock".

Saya takut mesin itu rosak. Banyak sangat ia diuji hari ni.

No comments: