Friday, April 06, 2007

Isu

Keberanian dan kebiadapan Gerakan membuat kenyataan meminta Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, Datuk Harussani Zakaria dipecat dari jawatannya, adalah satu isu besar yang menguji keimanan kita sebenarnya; apakah reaksi kita dalam menanggapi isu tersebut.

Bagi saya, isu ini menjelaskan beberapa perkara:

1) Parti Gerakan dengan jelas telah mengisytiharkan permusuhan mereka terhadap Islam. Di pihak kita pula, telah muncul di depan kita musuh yang perlu ditangani.

2) Mereka sama sekali tidak gentar dan tidak peduli dengan sensitiviti umat Islam - satu hujah bagi kenyataan di 1).

3) Wujud gerakan di kalangan mereka yang sentiasa mencari peluang untuk menyerang umat Islam; sebelum ini telah ada kumpulan menteri-menteri kafir negara ini meminta diluluskan penubuhan IFC, yang kemudiannya diarahkan supaya ditangguhkan penubuhannya oleh PM.

4) Umno selaku rakan Gerakan dalam komponen BN tidak dipandang sebagai satu faktor yang boleh menghalang mereka daripada berbuat sebarang tindakan. Presidennya juga tidak menjadi kebimbangan kepada mereka untuk bertindak sembarangan.

5) Sewaktu kerajaan menganjurkan perpaduan kaum, keharmonian dan sebagainya, mereka tidak peduli dengan itu semua kerana mereka ada tujuan yang lebih besar, dan mereka tidak dihukum untuk itu (mencalar perasaan dan sensitiviti umat Islam). Sebaliknya kitalah yang perlu sedaya-upaya menjaga sensitiviti mereka.


No comments: