Sewaktu menceritakan pengalamannya menjadi guru sandaran selama setahun kepada saya, Yunus kelihatan cukup gembira. Tidak lekang senyuman di bibirnya terutama ketika mengingat-ingat kembali kerenah dan keletah anak-anak muridnya sepanjang dia mengajar di SKSM, Melaka itu. Apatah lagi dia menjadi guru kelas kepada Tahun 4 Cemerlang, yang murid-muridnya tidak ramai. Maka hubungannya dengan anak-anak murid menjadi cukup rapat dan mesra seperti abang dan adik sementelah Yunus pada ketika itu masih muda, baru berusia 20 tahun, dan masih bujang.
Dalam satu gerak kerja ko-kurikulum pada petang Rabu, seperti biasa Yunus akan mengendalikan apa-apa aktiviti untuk murid-murid. Yunus adalah guru Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) sekolah itu. (Yunus pernah bergurau dengan saya, semasa dia bersekolah menengah dulu pun dia merupakan ahli PBSM. “Baguslah,” kata saya, memikirkan mudahlah nanti baginya mengurus kelabnya di SKSM itu kerana sudah ada pengalaman. “Ya,” katanya. “Memang bagus. Persatuan Berehat Sepanjang Masa”. “Ha..ha..ha..!” kami ketawa berderai-derai. Di sekolah menengah dulu, entahlah, PBSM agaknya memang dikenali sebagai persatuan yang paling tidak aktif. Berbeza dengan Kelab Rekreasi, cukup ligat ke sana ke mari memanjat gunung, meredah hutan belantara dan sebagainya sehingga ahli-ahlinya dilihat tidak bercampur dengan orang lain melainkan sesama mereka sahaja. Sehingga mereka dipanggil “Kerek” oleh orang luar, akronim bagi Kelab Rekreasi. “Kerek” di Melaka bermaksud sombong, berlagak, menjengkelkan. Vokal “e” pada kedua-dua huruf dalam perkataan itu dibunyikan dengan bunyi e taling, seperti membunyikan “e” pada “epal” )
Pada hari tersebut, Yunus akan mengajar murid-murid PBSM cara-cara melipat kain anduh untuk rawatan kecemasan jika berlaku patah tangan. Lengkap dengan gambarajah dan demonstrasi, Yunus dan seorang guru senior, Cikgu Mat Din menerangkan kepada mereka akan perkara tersebut dengan bersungguh-sungguh. Selepas penerangan tersebut, murid-murid dikehendaki mencuba membuat sendiri lipatan kain anduh dengan diperhatikan oleh Yunus dan Cikgu Mat Din. Mereka dipasangkan berdua-dua dengan seorang akan membuat lipatan dan seorang lagi berlakon sebagai seorang yang patah tangannya. Salah satu pasangan tersebut ialah Amin yang akan membalut tangan rakannya yang “patah”, Faiz. Kedua-dua mereka ialah anak murid Yunus dari kelas 4 Cemerlang.
“Macam mana nak buat ni, cikgu?” tanya Amin kepada Yunus.
“Buatlah macam yang saya tunjuk tadi. Takpe, mula-mula salah pun takpe. Buat sampai jadi. Lepas tu Faiz pula balut tangan Amin,” kata Yunus kepada mereka.
Amin pun kemudiannya mengambil helaian kain anduh dan cuba membalut tangan Faiz. Siku Faiz dibengkokkan sedikit dan lengannya ditampung dengan kayu sebelum diikat dengan tali kain. Kini Amin akan mula membalut untuk dipautkan ke tengkuk. Tetapi, oh, ikatannya silap.
“Buka balik ikatan tu, Min! Salah tu. Ketat sangat. Mula daripada awal,” arah Yunus kepada Amin.
Amin menurut sahaja. Semua ikatan dibuka semula tetapi Faiz masih membengkokkan sikunya seperti sejak tadi.
“Luruskan tangan awak balik, Faiz! Kita buat sekali lagi,” kata Yunus.
“Macam mana saya nak luruskan tangan saya, cikgu!” tanya Faiz. “Kan tangan saya dah patah?”

1 comment:
comeiinya... :D
Post a Comment