Thursday, July 19, 2007

S-16 Nuri

Anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat S-61Nuri pasti sedang berendam air mata pada ketika ini. Sewaktu kita dikatakan sedang memperkuatkan pertahanan negara untuk menjadi antara terkuat di rantau ini dengan pembelian pesawat Sukhoi, kapal selam dan sebagainya, kita masih tiada cara untuk menghalang nahas membabitkan Nuri daripada berlaku hampir setiap tahun. Cukuplah. Nuri sudah digunakan sejak 1968. 1968! Tidakkah pihak yang berkenaan berasa kasihan belas dan simpati kepada anggota pasukan keselamatan kita yang bersabung nyawa bukan di medan tempur tetapi di dalam pesawat sendiri. Atau hati mereka telah buta daripada melihat semua ini? Hentikan sahaja operasi Nuri. Atau mahu menghempaskan semua 20 lebih pesawat ini baru hendak berhenti?

Mungkin mereka tidak melihat ancaman yang dialami negara akibat matinya juruterbang-juruterbang berkemahiran ini. Dan Malaysia tidak akan dilihat sebagai negara yang kuat pertahanannya walau kerajaan membeli sebanyak mana pesawat canggih sekalipun jika peristiwa ini terus berulang.

[kemaskini]

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan mesyuarat kabinet yang dipengerusikan najib memutuskan supaya Nuri diganti dengan pesawat yang baru. Proses penggantian dilakukan menerusi tender antarabangsa secara terbuka dan akan mengambil masa dua hingga tiga tahun. Sementara itu, Nuri akan terus digunakan kerana menurut najib, "ia adalah satu-satunya helikopter yang ada."

No comments: