Kawan-kawan semua, sudah tiba masa yang kita semua nanti-nantikan. Malam ini bermulalah perjalanan mencari Al-Qadar, kalau mahu kita mencarinya. Ayuh! Jangan dilepaskan peluang keemasan ini.
Saya dengar di radio IKIM.Fm pagi tadi, ustaz yang bercakap beri sedikit panduan mencari Lailatul Qadar. Dimulakan dengan sebelum tidur lagi. Ambillah wudhu'. Kemudian niat sungguh-sungguh di dalam hati, mohon kepada Allah semoga kita dapat bangun malam itu untuk menghadap-Nya. Seeloknya bangun awal sebelum sahur. Sejurus terbangun, di atas pembaringan, ambil sedikit masa merenung kebesaran Allah (dan kekurangan diri) sebelum bergerak ke bilik air untuk mengambil wudhu'. Ta'akhirkan (lewatkan) sahur dan seeloknya kata ustaz itu lagi, pergilah solat Subuh berjemaah di surau atau masjid selepas itu.
Insya-Allah, semoga kita semua diberi hidayah oleh Allah untuk mengambil manfaat yang sangat besar ini.
No comments:
Post a Comment