Dia benar-benar marah. Sebagai seorang yang kuat, bijak, matang, gagah dan perkasa, dia tidak dapat menerima kehadiran orang lemah dalam persekitarannya.
"Mereka ini menyemakkan pandangan sahaja," katanya di dalam hati.
Dia memang hebat. Unggul. Superior.Sebut sahaja namanya, orang akan hormat. Orang akan terus berkejar-kejar memberinya hadiah. Selaku orang hebat, orang unggul, kenalannya juga hanya orang hebat dan unggul. Janganlah ada orang tidak hebat dan unggul dalam lingkungannya. Dia akan rimas. Dia akan marah.
Maka pada hari itu dia berasa sungguh geram apabila melihat seorang budak berusia enam bulan merangkak dengan begitu lambat di depannya.
"Kamu sepatutnya berlari! Bukan merangkak, lembab! Kalau kamu terus-terusan begini, sampai bila-bila pun kamu akan jauh ketinggalan!," marahnya kepada budak itu di depan orang ramai.
"Pakcik," budak kecil itu tiba-tiba berkata selepas suasana khali seketika.
"Ini kebebasanku!".
No comments:
Post a Comment