Sewaktu Ramadhan semakin mendekat, saya ketiadaan modal semangat untuk kuat berusaha menambah amalan memperbaiki diri yang hina-dina ini. Dalam ilmu tasauf, semangat saya yang tiada itu mungkin boleh disamaertikan dengan iman. Akibat beban dosa yang memberat, diri yang semakin jahat, nafsu itu semakin lama semakin liat hendak dilentur dan semakin degil untuk dikendur.
Sudah tentu saya tidak mahu membiarkan Ramadhan berlalu tanpa berbuat apa-apa. Mengisi Ramadhan adalah cita-cita semua Muslim. Hanya sahaja kekuatan masing-masing yang akan menentukan adakah cita-cita itu bakal terlaksana atau tidak.
Kepada diri saya sendiri, “sendiri mau ingatlah!”.
1 comment:
Bersemangatlah!
Para sahabat ketika lapar dan dahaga mengangkat senjata berperang dalam Badar Al-Kubra.
Post a Comment