Saya tidak dapat memahami Ayah pada waktu mula-mula saya mengetahui rutin tahunan Ayah itu. Saya fikir orang kaya pun tidak ramai yang akan berbuat seperti mana Ayah. Tetapi apabila melakukan sendiri kerja ini dan melihat dengan mata sendiri betapa gembiranya wajah orang yang menerima pemberian itu, senyum lebar mereka, mata besar si anak kecilnya, terutama pada hari-hari terakhir menjelang Syawal begitu, hanya pada waktu itulah kesungguhan Ayah itu dapat saya fahami, dan rasai. Ianya adalah satu perasaan di mana kita berasa hati kita menjadi besar dan kembang, sehingga memenuhi seluruh tubuh kita, apabila melihat kegembiraan orang lain begitu.
Sehingga Ayah pergi meninggalkan kami dua tahun lalu, amalan ini tidak diteruskan kami adik-beradik. Kami kehilangan kualiti yang menjadi tradisi keluarga sejak dulu dengan kehilangan Ayah. Bercakap tentang kehilangan, tahun ini merupakan tahun ketiga kami akan menyambut hari raya tanpa tampang Ayah. Hanya Tuhan yang tahu betapa rindunya saya pada Ayah pada ketika ini, dengan segala kenangan berpuasa dan beraya bersamanya.
4 comments:
Alin tak pernah tahu tentang ni. Terima kasih pak busu kerana berkongsi.
Betapa hebatnya atuk Alin ini. Rindu sangat pada atuk.. teringat atuk yang menyuruh tingkap yang telah ditutup untuk dibuka semula di malam raya.
Oo, Alin tak tau ke? Nanti balik kg boleh tanya nenek. Sedekah tu rasanya Atuk niat zakat. Tapi zakat yang kat masjid tu pun Atuk bayar juga.
Bagusnya boleh kongsi cerita. Orang tak ingat pun apa2 pengalaman hari raya dengan atuk. Huhu. Tak bestnya.=(
Nadiah memang selalu tak ingat. Banyak minum air semut.
Post a Comment