
Pelanggaran flotilla Mavi Marmara oleh IDF selain mengundang kemarahan masyarakat dunia, ia menunjukkan kepada kita satu perkara: rejim zionis sudah berani membuat makar di luar bumi Palestin dan bumi Arab. Kali ini, darah tidak lagi ditumpahkan di bumi Gaza, atau di bumi Shatilla, bahkan kali ini di laut lepas – membuktikan kepada semua keserakahan dan nafsu jahat rejim zionis yang tidak mengenal batas, baik batas geografi mahupun batas insani.
Kejahatan zionis sudah lama kita maklumi. Betapa mereka sanggup hatta mencerai nyawa seorang bayi sekalipun. Di depan kita ialah anjing yang lebih anjing daripada anjing. Cuma yang menjadi tanda tanya kita ialah : bilakah kekejaman itu akhirnya akan sampai di depan pintu rumah kita? Apabila masa itu tiba, apakah pilihan yang kita punya (seperti tahanan flotilla yang perlu memilih antara dihantar pulang atau ke penjara)?
Kelebihan menjadi Mu’min ialah jika mati mempertahankan salah satu daripada lima : agama, maruah, harta, nyawa dan akal – maka gelarnya syahid dan ganjarnya syurga. Sekurang-kurangnya jaminan ini sudah termaktub. Selain itu, persiapan dan persediaan hanya terpulang kepada kita dan bukan orang lain. Iman kita adalah jagaan kita sendiri. Syahid atau tidak, mati tetap akan menjengah di muka jendela.
Di muka adalah pengajaran (lagi) guna mengetuk kepala kita yang keras. Kalau pengajaran juga tak mampu menyakitkan, kita tunggulah belantan atau bayonet yang mampu memecahkan kepala.
2 comments:
Wakil Aqsa Sharif sebelum ini ada datang, dia kata ikutkan dia juga mahu mengikuti flotilla, namun memikirkan hutang-hutang yang belum dibayar, risau tergantung menjadi syuhada. Penyelesaian hutang bukan hanya untuk tidak di'blacklist' imigresen!
Hutang perlu dibayar. Ajal maut bukan di tangan kita. Kalau tak ikut flotilla pun, tak semestinya tak mati (sebelum selesai hutang). Penyelesaian: berwasiatlah.
Post a Comment