Video dipaut dari: http://www.youtube.com/watch?v=fPTU7jjVn0U
Amat
menghairankan melihat respon rakyat sebahagiannya apabila Sultan Johor dikritik
tindakannya membida nombor plat WWW 1 dengan harga RM 520 ribu. Bukanlah saya
katakan tindakan berhimpun dan menyatakan taat setia kepada sultan itu salah,
tetapi mengenangkan bahawa ia adalah respon kepada satu kritikan, kelihatannya
ia seperti agak berlebih-lebihan. Jika ada pihak yang mempertikaikan institusi
beraja misalnya, mungkin himpunan tersebut lebih layak untuk diadakan.
Lebih
menghairankan ialah tindakan sultan yang dibela itu sebenarnya tidak pun menyebelahi
rakyat. Membida nombor plat dengan harga setinggi RM 520 ribu tidak akan mampu
dibayangkan oleh sesiapa pun di kalangan rakyat, walau dalam mimpi mereka yang
paling indah. Ia tidak wajar diperakukan, apatah lagi dipertahankan. Malah,
tindakan tersebut sepatutnya ditegur kalau pun tidak ditentang.
Saya
menghormati idea mempertahankan institusi beraja. Pada pandangan saya, kedudukannya
yang tersendiri dan lebih tinggi daripada Perdana Menteri punya kelebihan dalam
mengawal kuasa Perdana Menteri (dan Menteri Besar di negeri-negeri) agar tidak
menjadi terlalu besar dan terpusat. Posisi institusi beraja cukup strategik dan
unik dan berpotensi untuk dimanfaatkan demi kepentingan rakyat. Ini adalah
“kuasa ketiga” yang boleh dirujuki rakyat selepas pemerintah dan pembangkang. Ditambah
dengan “kad” Islam yang dipegangnya, menjadikan ia satu institusi yang perlu
dipertahankan di negara ini.
Tetapi,
membida nombor plat sehingga ratusan ribu dan tindakan-tindakan lain yang tidak
memberangsangkan, tidak akan menyokong kredibiliti institusi ini; tidak
menjadikannya satu institusi yang boleh diharapkan rakyat. Selepas politikus,
kita tidak berharap raja memakai wajah yang sama.
4 comments:
In my opinion Nizar made a mistake for making that comment. Just ignore what these special people are doing. After all they are special. At least they are now using their own money instead of just asking for the number for free.
If anybody want to criticise the royals, maybe they can try to repeat exactly what were said by the government during the time when Mahathir was going against the royals in the eighties and see what action will be taken.
Salam, Along. Terima kasih atas komen. Komen Nizar mungkin boleh dipertikaikan. Menurut satu blog, Nizar juga pernah membida beberapa nombor plat "cantik" semasa menjadi MB. Tetapi itu cerita lain dan mungkin bidaan itu untuk kegunaan rasmi kerajaan negeri. Walau itu pun kita boleh persoalkan lagi. Walaubagaimanapun, komen Nizar itu dapat membuka mata kita tentang apakah yang bermain dalam pemikiran Sultan.
Tindakan Sultan satu perkara. Satu perkara lain ialah reaksi sebahagian rakyat Johor (dan luar Johor) yang berhimpun besar-besaran begitu membela Sultan dan kewajarannya membida nombor semahal setengah juta. Dan Sultan perlu faham hakikat bahawa perhimpunan itu sebenarnya lebih bertujuan menghentam Nizar dan para pengkritik status quo, berbanding mempertahankan Sultan dan segala macam tindakannya.
Dr. Asri ada komen tentang jiwa feudal orang Melayu. "Pantang Melayu menderhaka kepada raja". Agaknya kalau Hang Jebat hidup lagi di zaman ni laptop dia pun akan disita polis.
Terima kasih, Alin. Sebenarnya penghukuman terpilih. Mahathir buat lebih berat daripada Nizar. Tiada apa-apa barang dia yang disita. Oh, mungkin tiada yang buat laporan polis masa tu? Polis lebih berkuasa? Sultan, kerajaan, polis, kita mempunyai terlalu banyak penguasa yang perlu dihormati dan ditakuti!
Post a Comment