Friday, November 23, 2012

Ulasan Filem: Skyfall: Mencintai negara adalah soal pilihan



Permulaannya cergas dan tidak meleret-leret. Bond merampas motosikal seorang pemuda untuk mengejar penjahat di kota Istanbul sebelum melanggar tembok setinggi dua kaki untuk menghumbankan dirinya ke atas kereta api yang sedang bergerak – di mana si penjahat sudah pun berada di atasnya. Berbalas tembakan, Bond menyelinap masuk ke dalam jentolak sebelum mencakar gerabak di depan (kerana penyambung gerabak sudah pun diputuskan si penjahat), lalu sempat memasuki gerabak depan melalui pencakar jentolak yang menjambatani dua gerabak tersebut. Mengelak bumbung terowong di depan, bergasak di atas gerabak, Bond akhirnya ditembak rakan sendiri yang sebenarnya mensasarkan si musuh dari jarak jauh. Jatuh ke dalam sungai, pengsan, Bond tiba-tiba disambut dua jari besar dari dasar sungai, sebelum lagu pembukaan yang agak menyeramkan nyanyian Adele dikumandangkan. Permulaan ini sahaja sudah cukup menarik, menunjukkan Skyfall bukan seperti siri-siri James Bond yang pernah ada sebelum ini.

(Untuk membaca tulisan penuh, sila dapatkan akhbar Suara Keadilan 92 di pasaran sekarang). 

2 comments:

Fadzlin said...

Wahh! Alin dah tengok. Q sangat cute! :3

Haizir said...

Q agak poyos di situ. Hehehe...