Thursday, February 21, 2013

Angin Perubahan

(dengan kemaskini)


Kususuri Moskva
Ke Taman Gorky
Mendengar desir angin perubahan
Satu malam musim panas Ogos
Soldadu-soldadu lewat
Mendengar desir angin perubahan

Dunia mengecil
Pernahkah kau terfikir
Kita jadi begitu akrab, seperti saudara
Masa depan mengapung di udara
Dapat kurasainya di mana-mana
Berhembus bersama angin perubahan

Bawaku ke detik ajaib itu
Pada malam kemenangan
Sewaktu anak-anak masa depan bermimpi
Dalam angin perubahan

Menuruni jalan
Kenangan-kenangan silam
Terkubur di masa lalu selamanya
Kususuri Moskva
Ke Taman Gorky
Mendengar desir angin perubahan

Bawaku ke detik ajaib itu
Pada malam kemenangan
Sewaktu anak-anak masa depan berkongsi mimpi mereka
Dengan kau dan aku
Bawaku ke detik ajaib itu
Pada malam kemenangan
Sewaktu anak-anak masa depan bermimpi
Dalam angin perubahan

Angin perubahan
Bertiup tepat ke wajah masa
Bak ribut yang akan membunyikan loceng kebebasan
Demi ketenangan fikiran
Biarkan balalaikamu menyanyikan
Apa yang mahu disampaikan gitarku

Bawaku ke detik ajaib itu
Pada malam kemenangan
Sewaktu anak-anak masa depan berkongsi mimpi mereka
Dengan kau dan aku
Bawaku ke detik ajaib itu
Pada malam kemenangan
Sewaktu anak-anak masa depan bermimpi
Dalam angin perubahan



(Diterjemah secara bebas dari lagu Wind of Change (1991) nyanyian kumpulan rock Jerman, Scorpion)

3 comments:

Fadzlin said...

Boleh tuju lagu? Nak tujukan pada Ah Jib Gor. #teehee

Haizir said...

Tuju pada Kak Mah la. Biasa yang suka lagu-lagu ni, Kak Mah. Hehe...

Happy Mind said...

aiseyh, layan rock la pulak.
tuju-tuju kepada semua..,