Sunday, December 17, 2017

Catatan pendek hujung 2017

Tentang hidup yang punya pasang surut seperti ombak di pantai, aku sebenarnya teringat kepada hakisan ombak di Pantai Batu Rakit sekitar Mengabang Telipot yang aku kunjungi minggu lalu bersama-sama isteri dan ibu mentuaku.

Air laut bukan sahaja pasang besar, malah menghakis gigi pantai dengan sangat rakus, perumahan berhampiran pantai terdedah kepada ancaman kerosakan teruk. Malah, Lapangan Terbang Sultan Mahmud mungkin akan menerima kesannya tidak berapa lama lagi.

Dalam perkembangan lain, aku bakal kehilanga kerja hujung bulan ini; kira-kira dua minggu lagi. Apa yang akan kulakukan selepas itu belum ternampak di fikiran. Entahlah. Doaku panjang kepada Tuhan.


3 comments:

Khairul Amir said...

Doa kami ahli keluarga buat Pak Busu juga sentiasa berpanjangan. We love you, we make dua for you! <3

Unknown said...

Terima kasih, Amir! :-)

rimanilzah said...

moga baik2 saja, zek.