Tuesday, June 06, 2006
Sumpah
Seremban dari Senawang sudah disumpah akan traffic jam buat selama-lamanya. Tidak kira sama ada kamu melalui jalan baru atau jalan lama, kamu tetap tidak akan dapat melarikan diri dari terkena sumpahan itu. Sebesar atau semahal mana sekalipun kenderaan kamu, jangan harap kamu dapat mengelak sumpahan puaka itu. Namun jika kamu menunggang motosikal, ada harapan kesan sumpahan itu dapat diminimakan. Tetapi tak tentu juga, kerana jika hujan turun kamu akan mendapat kesan lain; manifestasi dari sumpahan itu juga. Oleh itu jika kamu bercadang untuk balik kampung dengan kerap (bagi yang menggunakan laluan ini), kamu juga perlu bercadang untuk menyediakan diri menerima Sumpahan Senawang-Seremban (atau yang kunamai 3S) yang cukup berpuaka itu. Apakah kesan langsung sumpahan itu kepada perkembangan emosi kamu? Kamu akan lebih kuat. Kuat menyumpah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Berapa keturunanla agaknya sumpahan tu..
Post a Comment