Friday, September 15, 2006

Maya : Noir?

Ya, akibat ketiadaan idea untuk menulis, maka saya salin dan tampal sahaja sajak lama saya, "Maya". Sajak ini saya hantar kepada founder esastera.com, Dr Irwan untuk dimasukkan ke dalam Antologi Puisi Melayu-Rusia, satu projek esastera.com untuk diterbitkan di Rusia. Semoga projek ini berjaya dijalankan, begitulah harapan saya.

Adakah sesiapa yang tahu tentang unsur noir dalam puisi dan genre seni lain? Jika ada yang tahu, bolehkah anda memberitahu kepada saya sajak ini ada unsur tersebut atau tidak? Terima kasih in advance dari saya atas kerjasama anda.

Maya
Lelaki muda bertampang tua
Di hujung lorong
Berjalan tanpa kaki kedua
Disindir anjing
Diejek aspal
Dihina longkang
Pada belakang badannya yang telanjang
Ada tatu berlambang hati
Bertulis “Cinta”
Bertulis “Maya”
Bertulis “Selamanya"
Budak kecil di dalam sampah itu barangkali anaknya
Tetapi pasti bukan dengan Maya
Kerana cinta Maya selamanya
Sehingga tiba di jalan mati
Lelaki muda berhenti
Dia juga ingin mati
Seperti Maya
Yang jatuh ke dalam gaung
Dalam perjalanan pulang mereka
Satu malam merdeka
Dilanggar lori ayam
Kakinya putus, dan Maya
mampus
Di tepi tembok, belakang kedai 4D
Dengan botol todi yang pecah
Dia ingin tulis nama Maya
Di atas kaki
Kaki yang satu lagi
Sakit……!!!!!!!!!!!
Sakit..…..!!!!!
Sakit…


Dia memang cintakan Maya.


Klang
21 Mac 2006

2 comments:

Anonymous said...

first of all.. xtau ape2 pasal noir.. huhu.. nnt tanye tiqor.. anyway, suka sajak nie... tp paham superficially je (itupun xtau betul ke x fahaman itu).. yg lebih dalam tak mampu nak fikir (actually malas gak ah).. ~~~~terus bahagia dgn tunangan~~~~~

Haizir said...

Sebenarnya noir ni ada dlm filem dan novel je, tak pernah ada dlm sajak pun (baru tahu lepas ada org beritahu). Ini main hentam je ni. Apa pun, terima kasih atas komen.