Friday, September 01, 2006

"Merdeka"

Selain dari tidur, aku juga ada membasuh sedikit pakaian pada cuti Merdeka yang lalu. Selain itu, tiada apa-apa lagi. Sebelum itu malamnya aku menonton tayangan Gandhi di TV2. Sampai jam 1 pagi. Sangat menarik dan mengesankan.

(Eh, baru aku perasan semua ayat di atas dimulakan dengan huruf 'S')

Untuk 'S' seterusnya, berikut ialah 'S'oalan yang boleh kita fikirkan bersama;

Ada apa pada 31 Ogos?

Benarkah mengibarkan bendera menunjukkan kita sudah merdeka?

Adakah kita telah ditunjukkan dengan sejarah kemerdekaan yang sebenarnya?

Mengapakah kita tidak dikenalkan dengan Dr Burhanuddin Helmi, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Pak Sako, Ahmad Boestamam selain Tunku (Allahyarham) dan lain-lain pemimpin Perikatan? Adakah Perikatan berseorangan memperjuangkan kemerdekaan?

Adakah merdeka cuma bermaksud penjajah bersetuju meninggalkan negara ini?

Siapakah yang tahu isi kandungan perjanjian yang dimeterai Tunku dengan pihak British? Adakah perjanjian tersebut benar-benar menguntungkan kita?

Mengapakah dengan begitu mudah orang asing diberikan kerakyatan di negara ini (menerusi prinsip Jus Soli)?

Mengapa perlembagaan dan undang-undang negara kita digubal oleh Reid dan suruhanjayanya yang tiada satu Melayu pun di dalamnya? Merdeka apa macam tu? (tolong betulkan jika saya salah)

Ingatkah kita dengan Gagasan Melayu Raya? Tidakkah ini cita-cita yang besar? Mengapa ia tidak disokong?

Benarkah golongan kiri tiada jasa dalam meningkatkan kesedaran rakyat untuk memperjuangkan kemerdekaan? Adakah idea mereka seratus-peratus salah?

***

Setujukah anda dengan pendapat; "Sejarah ditulis oleh mereka yang menang"?

Jom, fikir!


2 comments:

Fadzlin said...

Totally agree.

History = His Story, with 'His' referring to the victor..

Haizir said...

Sebab tu kita tak boleh terima sahaja bulat-bulat semua yang dihidangkan pada kita. Kena la rajin sikit cari bahan dari sumber yang sahih dan analitikal. Kaedah perawian hadis boleh digunakan. Tapi itulah, kena rajin dan berdisiplin.