Pejabat kami mempunyai dua buah mesin fotostat. Satu di tingkat atas dan satu di tingkat bawah. Sepatutnya kami tidak akan menghadapi masalah membuat salinan untuk apa-apa dokumen sehinggalah semalam apabila kedua-dua mesin itu rosak. Maka saya menggelar semalam sebagai "Hari Tanpa Fotokopi". Kedua-dua mesin itu dibekalkan dari dua buah syarikat yang berbeza maka dua orang jurutekniklah yang akan datang membaiki mesin-mesin fotostat kami.
Sebuah mesin, di tingkat atas, sudah boleh digunakan semula. Rupa-rupanya ianya hanyalah masalah "resetting" sahaja. Tetapi walaupun masalahnya nampak kecil, akibat tiada pengetahuan untuk mengatasinya, masalah yang kecil juga tidak akan dapat diselesaikan. Juruteknik itu barangkali hanya mengambil masa setengah minit untuk membuatkan mesin itu boleh berfungsi semula. Dia mengajar saya, jika kod kerosakan yang sama terpapar lagi di skrin mesin, saya hanya perlu mengambil klip kertas dan mencucuk satu lubang kecil yang terdapat di tepi mesin. Kemudian, satu titik hitam kecil akan kelihatan pada skrin sebelum saya perlu menekan butang nombor 3 dan menekan butang "Trouble Reset". Selepas itu, biarkan mesin "warm-up" seketika sebelum ia boleh digunakan seperti biasa dan berakhirlah "Hari Tanpa Fotokopi" kami pada hari ini.
Mudah bukan? Tetapi mudah bagi juruteknik adalah susah bagi saya dan rakan-rakan sepejabat. Sebab itulah orang Inggeris membuat pepatah "Knowledge Is Power"!
Ini bukan mesin fotostat kami
No comments:
Post a Comment