Friday, September 14, 2007

Puasa-Hari Pertama

Antara pengalaman hari pertama puasa ialah:

1) Buang-buang air pada awal pagi, sebab perut terkejut "apa hal pulak tuan aku isi aku pagi-pagi ni. Buang balik, lah!", kata perut.

2) Letih sikit bukan sangat pasal lapar tapi sebab bangun awal pagi, badan nak setting jam balik. Dua-tiga hari nanti okaylah kot.

3) Rak kasut surau ofis tiba-tiba dipenuhi kasut waktu rehat tengah hari. Wah, dah insaf ke masing-masing ni (sempena datangnya Ramadhan)? Belum. Diorang bukan sembahyang Zuhur. Diorang berdengkur.

4) Balik kerja jalan tak berapa jam sebab company ada yang balik 15 minit awal, ada yang setengah jam awal dan ada yang tak balik awal. Berlaku pembahagian sebegitu dan jalanraya pun lancar. Baguslah.

5) Tapi jalan jam bila nak dekat sampai rumah sebab sepanjang perjalanan ada pesta makanan di tepi-tepi jalan. Berbanjar-banjar. Penuh dengan orang Melayu, Jawa dan Banjar. Akibatnya bagi yang berkereta, sampai rumah tetap macam biasa atau lebih lewat biarpun sudah balik awal.

6) Masjid penuh dengan orang, nak solat tarawih malam pertama Ramadhan. Kereta bersusun-susun hingga ke luar masjid sampai ke rumah orang. Dalam masjid, masing-masing cari saf yang dekat dengan kipas angin.

7) Selepas rakaat kelapan, ramai keluar (termasuk aku) mahu pulang walaupun Jais wajibkan tarawih 20 rakaat. Tapi aku azam nak buat 20 rakaat juga pada malam-malam yang lain nanti (bukan sebab Jais suruh).

Itulah serba sedikit coretan pengalaman aku berpuasa pada hari pertama. Sekian, terima kasih.

No comments: