Thursday, September 20, 2007

Ramadhan-Golongan

Bagi sesiapa yang menunggu-nunggu ketibaan Hari Raya, nescaya dia akan mendapati hari tersebut masih jauh; lebih dua puluh hari lagi. Tetapi bagi orang-orang yang menunggu-nunggu kedatangan Ramadhan sejak dari Ramadhan tahun lepas lagi, nescaya mereka akan mendapati masa berlalu begitu pantas; dua hari lagi Ramadhan akan mengakhiri fasa pertamanya iaitu sepuluh malam pertama.

Golongan pertama ialah yang menjadikan Ramadhan sebagai jambatan menuju Aidilfitri dan mahu segera sampai ke sana. Ramadhan hanya jambatan. Tidak lebih dari itu.

Golongan kedua ialah yang menjadikan Ramadhan sebagai madrasah tarbiyyah diri, menyediakan diri secukupnya sebelum tibanya hari bertemu Allah di Padang Mahsyar nanti. Mereka tidak mahu Ramadhan segera berakhir. Mereka tidak mahu cepat-cepat keluar dari madrasah Ramadhan. Mereka berasa belum cukup bersedia.

No comments: