Ramadhan, satu nasib tak serupa
Peluangnya sama, natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mu'min berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malang terbuang
Mu'min berdosa di akhir zaman
Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur Al-Quran
Tapi malam kami pulang bertemu dengkur
Korus:
Mereka berlumba mengejar ma'rufah
Tapi kami leka diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa
Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga
The Zikr
Lagu di atas ialah nyanyian kumpulan nasyid The Zikr. Vokalisnya, Nazrey Johani dan rakan-rakan lain kemudiannya menubuhkan Raihan yang kita kenali sekarang. Setiap kali Ramadhan menjelang, saya akan teringat lagu ini dan akan kerap menyanyikannya sendiri. Biar senikatanya mudah, ia dapat menyentuh hati saya hingga ke dasar. Ia memberi motivasi juga untuk beramal.
Di ruang promosi, saya mengiklankan laman http://www.quranexplorer.com/. Kawan saya, Sam yang memperkenalkan laman itu kepada saya dan saya dapati ia sangat menarik dan interaktif lalu saya promosikan laman tersebut di sini. Moga-moga ia menjadi motivasi kepada kita untuk membaca dan mendalami Al-Quran.
Di bawah ini pula ialah gambar yang saya ambil dari weblog kawan saya, Izwan Suhadak.

Selamat Ber-Ramadhan kepada semua!
2 comments:
Ingat dulu waktu org kecik..(skang pun kecik gak.hehe..)P Amjah pernah bawa g raya naik van dia pastu dia pasang lagu The Zikr.Best..Last tempat beraya kat kubur. Ziarah kubur arwah nenek,arwah pak ngah..Tahun nie,ada lagi 1 kubur yang kena ziarah.huhuhu...=(
Salam...ya syeikh, enta free hari sabtu ahad? ingat nak jemput ke unisel utk bengkel penulisan. ok?
Post a Comment