Setelah menerawang jauh entah ke mana-mana mencari entah apa dalam kehidupan yang fana ini, keluarga adalah tempat pulang kita ke pangkal, menjernihkan semula hati dan membersihkan semula akal. Kita, setelah penat menyongsong dunia, dicela debu-debunya yang kotor dan berjelaga, keluarga adalah telaga tempat kita mandi menyucikan semua kotor-kotor dan bau-bau hapak, dengan airnya yang suci dan wangi-wangi.
Tetapi itu pun hanya sahaja jika keluarga yang kita jadikan tempat pulang itu punya ruang yang selesa untuk kita berehat melepaskan penat. Punya bumbung besar dan lebar yang redup tempat kita berteduh mengeringkan peluh. Atau keluarga yang kita anggap sebagai telaga itu masih punya air bersih yang tidak dicemar daki, sebagai tempat kita membersih diri, dari segala kotor, ranjau dan duri, yang kadangkala mencucuk kita di kanan dan kiri, dari kepala hingga ke kaki.
Benarlah keluarga itu punya magis yang tersendiri. Ia mampu membebat luka yang paling dalam. Menawar sakit ditusuk belati paling tajam. Hanya sahaja jika anda punya keluarga, anda usah takut mendapat luka atau ditusuk belati. Anda hanya perlu pulang ke pangkal, dan segala ubat dan penawar telah tersedia menanti anda sebagai bekal.
25 Januari lalu di Bukit Cerakah, anak-anak buah saya yang sudah besar-besar (dan comel-comel) itu menganjurkan Hari Keluarga yang sangat menyeronokkan, saya rasa. Seperti yang saya katakan tadi, ia menjadi ubat dan penawar. Dan walaupun penawar itu tidak dapat saya rasa sepenuhnya kerana tidak dapat hadir ke sana, titisnya yang cuma setitik itu pun sudah cukup menyegarkan. Kepada isteri, Makcik, Pak Ali, Makcik Sari’ah, abang-abang, kakak-kakak, anak-anak saudara dan semua anggota keluarga Othman, kamu adalah penawar itu. Dan kepada Arif, Alin, Nadiah, Lina, Aishah dan Firdaus, entri ini adalah untuk kamu.
15 comments:
Terima Kasih Pak Busu. Terkilan juga sebab Pak Busu dan Mak Usu tak dapat ikut. Insha Allah lain kali boleh buat yang lebih best. :D
OK, mesti mau buat!
Sangat mengharukan :)
Terima kasih juga sebab buat kenduri yang best. Semua orang datang kenduri Pak Busu, sebab tu kitorang dapat buat Family Day.
p/s: Ya, kami memang comel. =)
Kak Ina (betul ke tekaan rambangku nih?), haru takpe. Jangan haru-biru.
Nadiah, prepare untuk next Family Day!
Pak busu best ye entri..
Leh diletakkan di dalam buletin akan datang..
Kurang berita nk tulis..
kita nk buat bulan 7 kn family day?
apa kata kt bw family day ke pak amjah lak?
buat dekat ngan umah dia..
Aleen,
buletin hak cipta awk dan nadiah..
ada tulis dlm buletin tu, so korang je yg kn buat :)
(ayat nak ngelat)
Nadiah,
mentang2 lina tak kata ko comel,
ko tak comment pn..
bertuah btul..
Pak Busu..
tak buat 2 hari selepas sbb takut ada orang nak pegi jln2 selepas itu..
cuti panjang kn?
kami pn memikirkan mak chah dan tok ali..
mcm membebankan kalau diaorg kena stay lama..tu je..
Mohon maaf ye..tak niat nak menyusahkan pak busu..
Lina, OK. Alasan diterima. :) BTW, buletin tu boleh dipos ke rumah Pak Amjah.
Hmm....macammana boleh tekaan tepat tu? He..he..he..
Tak, Alin dan Nadiah dah buat edisi sulung. Next edition Lina and Arif plak. :D
Kak Ina, tengok tulisan dah tau. Hehehe.
Alin, setuju.
Setuju.. memang mengharukan... Tu belum join kitaorg nyanyi Semerah Padi lagi... kalau tak, entry ni akan ada beberapa episod hahahah....
To Haizir, Thank you for putting our collective appreciation in such a beautiful words - we can never do that (simply because we don't enroll in your degree heheheh...).
If this is a right place, I would like to extend a praise, thank and love for my dear sister Haslina for her first struggle and effort to introduce (and continuously conducting) a 'FAMILY DAY' event to/for us last 6-7 years? Whilst I am proud of my nieces and nephews' achievement today, I do see this recent event as a huge personal success for Haslina - to model a good role that now 'our' AJK are capable and to a certain extent, run things 'calmer' than us. Now, this is a right time to concentrate on a new project to come hahahahah....
Anonymous II
Kak Iza, ya, kredit perlu diberi kepada Kak Ina. Hari Keluarga kita yang pertama rasanya pada tahun 1995 atau 1996 di Pahang. Bukan 6-7 tahun dulu. Dah 13/14 tahun! Dah tua dah pakcik (dan makcik-makcik). Uhuk! Uhuk!
Alamak.... senior citizen rupanya saya hahahaha....
Tau takpe. hehe.
Post a Comment