Tentang kekecohan yang berlaku di Perak ketika ini tentang lompat-lompat dan spekulasi sekitarnya, Koh Tsu Koon mengatakan bahawa semua ini berpunca dan bermula dari “Raja Katak” di pihak Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat menimbulkan idea ini dan kemudiannya Barisan Nasional memberi reaksi, “Kenapa tidak?”.
Saya lihat komen ini jujur dan apolitikal. Tsu Koon menceritakan perihal sebenar yang berlaku. Apabila ditanya lanjut tentang kemungkinan berlaku perubahan kerajaan di Perak, beliau enggan mengulas kerana mengulas sesuatu yang bersifat spekulatif adalah membuang masa.
Kini, melihat apa yang berlaku, saya hanya menggeleng kepala. Berbanding harapan yang belum pasti dan kestabilan yang sedia ada, mana yang mahu kita pilih? Mana yang mahu kita korbankan?
No comments:
Post a Comment