Monday, February 16, 2009

Bubuh Sendiri

Berdepan zaman penuh keliru di mana garis pemisah antara kebenaran-kepalsuan senipis urat rambut, kepercayaan kita (baca: saya) mudah goyah dan sering pula berubah arah. Pada waktu itu kita mahu percaya pada siapa yang lebih pandai cakapnya, siapa yang lebih enak ayatnya, siapa yang lebih kacak wajahnya, siapa yang lebih ber“aura” penampilannya. Oh, jika kayu ukur itu yang kita gunakan, alangkah malangnya nasib kita kerana melihat hanya pada yang zahir. (Ah, nampakkah kita pada yang batin?)

Sering juga kita diingatkan agar menggunakan kayu ukur ilmu dalam menilai satu-satu perkara – betulkah atau salahkah ia? Oh, ilmu kita tidak sebanyak mana pula untuk membezakan antara keduanya. Maka, apakah pedoman kita?

Mampukah kita terus-terusan terkapai-kapai begini? Tolong!!

No comments: