Thursday, May 07, 2009

Fenomena Ayat-Ayat Cinta

Ya, novel “Ayat-ayat Cinta” (AAC) tulisan Habiburrahman El-Shirazy telah mencipta fenomena di Indonesia. Di Malaysia juga, malah. Lumrah benda popular, ia mudah dan cepat ditiru orang. Di Bandung, semasa pertemuan rombongan Esastera dengan komuniti-komuniti sastera di Ultimus, wakil dari Forum Lingkar Pena (FLP) menyinggung tentang fenomena AAC, juga tentang kelucuan dan kejelekan yang muncul bersama-sama fenomena itu.

Katanya, selepas AAC muncul, novel-novel persis AAC tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Kepersisan itu bukan hanya pada genre yang dibawa AAC, malah meleret sehingga ke judul novel, muka depan, malah nama pengarang!

Pada hari terakhir di Jakarta, saya dapat membuktikan kenyataan itu apabila kami ke Kwitang mencari buku pada saat-saat akhir. Di Toko Buku Gunung Agung, saya ditegur pekerja toko buku itu apabila asyik mengambil foto buku-buku “klon” AAC.


Rupa-rupanya kelucuan itu tidak berakhir di Gunung Agung. Sewaktu saya mencari-cari Catatan Seorang Demonstran di deretan kedai buku di lorong-lorong kecil Kwitang, saya menemukan ini. Benarlah kata-kata gadis genit dari FLP itu tentang AAC!

2 comments:

Fadzlin said...

Hahahaha. Ia akan jadi amat 'cool' jika novel itu sebenarnya sebuah satira di atas fenomena yang berlaku. Jika tidak.. :D

Haizir said...

Memang satira pun rasanya. Kecuali yang gambar atas tu.