Wednesday, May 06, 2009

Di Bandung, Tempoh Hari

“Kami berpuisi di jalanan. Puisi-puisi kami untuk semua orang, baik orang bodoh mahupun orang pintar!”

Pada awalnya saya agak terganggu dengan kenyataan anak muda itu. Anak muda di depan kami yang menggelar diri mereka sebagai Komunitas Sastra Jalanan itu seperti menyelar kami yang bersastera di internet. Seawal hari pertama di Indonesia pun kami telah disergah dengan usikan nakal Pak Andi tentang Pulau Sipadan dan Ligitan, sapaan kasar penyair Hujan dari komuniti Kapasitor yang mengungkit hal Nirmala Bonat di atas pentas Reboan, dan pertanyaan tidak henti-henti semua orang termasuk peniaga t-shirt di Pasar Bandung tentang Manohara Pinot. Di Pusat Dokumentasi HB Jassin, Taman Ismail Marzuki, ada penyataan yang walaupun hanya dipetik, menyatakan bahawa sastera internet adalah “sampah”.

Tetapi selepas itu baru saya sedar bahawa saya terlalu larut dengan sentimen ke-Esastera-an mungkin, akibat provokasi yang berterusan. Selepas itu saya hanya percaya kami semua menjadi cair dengan kepanasan puisi anak muda Bandung tadi. Saya tidak sempat merakamnya kerana hanya baru selepas itu saya belajar merakam menggunakan kamera digital dari Jebatsari.

Yang saya sempat rakam, ini. Ini pun hanya sedikit. Hampir tamat. Tapi ia sudah cukup menghibur dan menjadikan perjalanan kami ke sana sebagai sangat berbaloi.



No comments: