Wednesday, June 03, 2009

Rosdi Belum Sarapan

Rosdi belum bersarapan pagi. Jam sepuluh dia perlu ada di pejabat. Sekarang sudah dekat sembilan lima puluh. Di dalam perut kereta api yang sepadat sardin dalam tin, kaki Rosdi sudah hampir kejang akibat terlalu lama berdiri; di stesen dan di dalam tren.

“Dua stesen lagi,” bisik Rosdi.

Salahkan Zionis
Atau Freemason
Salahkan Nazi
Dan Klu Klux Klan
Salahkan orang tua
Salahkan sejarah
Salahkan semuanya
Tapi dirimu

Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Buka hatimu
Pada kebenaran


Rosdi menyanyi-nyanyi lagu M. Nasir, Bukalah Hatimu. Dia ingin menyalahkan Keretapi Tanah Melayu, Kementerian Pengangkutan, perdana menteri, kerajaan Malaysia dan semua orang, tetapi M. Nasir seolah-olah menyindirnya.

2 comments:

Fadzlin said...

KTM Komuter sekarang 'power', Ada keretapi diesel di depannya.

Haizir said...

Hua hua hua. Nasib baik takde keretapi arang batu kat kepala dia. Kalau tak, lagi power.