Friday, July 31, 2009

Diserang Dari Belakang


Kebijakan pemimpin kerajaan sekarang ialah selain akan menghalang perhimpunan membantah ISA yang dijadualkan esok secara kekerasan melalui FRU dan sebagainya, mereka juga akan menyerang idea yang mahu dibawa perhimpunan tersebut secara perang saraf juga. Caranya, anjurkan juga perhimpunan – tetapi dengan membawa idea lain, yang bertentangan sama sekali dengan idea penentangnya. Dengan cara ini, kumpulan penentangnya tidak akan dapat menggunakan hujah betapa idea mereka disokong rakyat terbanyak, kerana di muka massa kini ditunjukkan bahawa rakyat juga ada yang menyokong ISA.

Tujuan demonstrasi selain menunjukkan mesej dan idea dengan kuat kepada kerajaan, ia juga mahu menunjukkan kekuatan mesej dan idea kepada massa, dengan harapan persepsi rakyat berjaya dibentuk bahawa – rakyat juga menolak ISA. Tetapi, dengan strategi yang diambil pemimpin kerajaan sekarang, idea demonstrasi telah diserang dari belakang. Idea demonstrasi telah di-ambush.

Penentang polisi kerajaan kini perlu lebih bijak dua kali ganda daripada kebijakan kerajaan sekarang jika mahu menang dalam sebarang perang saraf. Selain demonstrasi, senjata lain perlu dicari. Jangan abaikan hakikat bahawa kerajaan kini sudah semakin bijak. Kita perlu atasi kebijakan itu.

1 comment:

Anonymous said...

Salam, was and still checking if you have new updates. Take care