Satu perkara yang agak mengganggu saya pada musim cuti persekolahan ini ialah penuhnya gerabak-gerabak kereta api dengan pelajar-pelajar sekolah. Saya tidak marah jika mereka hendak memanfaatkan cuti dengan pergi ke perpustakaan, Planetarium Negara (walaupun itu kedengarannya agak suci) atau pergi menziarah rumah ibu atau bapa saudara. Saya juga tidak marah jika mereka duduk sahaja tanpa beramai-ramai membuat bising, membuat heboh, ketawa mengilai-ngilai tanpa mempedulikan orang lain atau bertepuk tampar dengan pasangan lawan jantina mereka.
Bolehlah saya katakan peratusan besar daripada mereka ialah anak Melayu.
Rambut yang lelaki seperti Noh Hujan, yang perempuan bajunya seperti bungkus cempedak. Datang berbondong-bondong sarat dengan aksesori pakaian yang segala macam, bercakap Inggeris dengan slanga VJ Mtv, perasan lawa bagi perempuan dan perasan cool bagi lelaki.
Apabila sekolah terlalu mengajar dan mengejar “A” untuk anak-anak murid mereka, apabila sekolah cuti, mereka ketiadaan “A” untuk dikejar. Berkejaranlah mereka kepada apa-apa yang ada di depan mata, tanpa perlu risau dengan tanda pangkah pen merah guru. Tanpa perlu tahu apakah perlakuan mereka itu “A”, “B” atau “C”.
2 comments:
diorang menanti dipangkah kawan2, barangkali.....
Tuan, walaupun kita minta benda-benda macam tu dijauhkan, diorang sendiri yang cari benda tu. Kita nak cakap apa?
Post a Comment