Empat tahun lalu, kami menanam pokok mangga ini yang dibeli dari Pasar Jasin. Lima ringgit harganya pada waktu itu. Ia berbunga dan berbuah setahun sekali. Ditakdirkan berbunga dan berbuahnya pokok mangga kami ini pada setiap kali menjelangnya bulan puasa. Jadi, saya telah menggelarnya "Mangga Ramadhan" sejak lebih setahun yang lalu. Kini pokok mangga ini berbunga dan berbuah kembali. Maka tahulah kami bahawa bulan Ramadhan semakin hampir tiba.
| Buah mangga hijau mencelah. |
| Mangga Ramadhan. |
No comments:
Post a Comment