Ada dinding ais yang tebal antara dia dengan ayah, makcik dan anggota keluarganya yang lain. Tidak, dia tidak menghadapi sebarang masalah keluarga seperti yang sering dipaparkan drama-drama Melayu di kaca tv. Cuma di antara mereka masih ada dinding ais. Dinding ais yang sejuk dan selesa. Dinding yang tembus mata tapi tidak tembus suara. Meski ia sejuk, selesa dan masih mengizinkan pencerapan visual, ia tetap perlu dipecahkan kerana dinding ini tidak memungkinkan berlakunya proses komunikasi lisan; yang merupakan medium penting penyampaian mesej dari satu titik ke titik yang lain. Untuk kefahaman, sila lihat Gambarajah 1.1 di bawah.

Soalannya, bagaimanakah dia berkomunikasi dengan keluarganya selama ini? Entahlah. Barangkali dia menggunakan bahasa isyarat. Atau mungkin juga dia menggunakan kod Morse. Tetapi semalam dia telah membeli sebuah pemecah bongkah ais dan sebatang penukul lalu dengan perlahan-lahan dia memecahkan dinding ais tersebut. Proses ini dipanggil ice-breaking. Dan untuk kali pertama, mesej berjaya disampaikan menerusi komunikasi lisan kepada makciknya. Tiada lagi agak-agak, telahan, rasa-rasa, hipotesis mahupun teori. Semuanya telah jelas disampaikan. Cakap biar terang!
Setelah membeli pemecah ais dan penukulnya, kini dia mahu membeli cangkul, simen, batu kerikil, pasir, batu blok, batang-batang besi, jentolak dan lain-lain lagi. Dinding ais sudah dipecahkan. Selepas ini dia mahu membina masjid pula.
3 comments:
Detailnya cerita pasal ice breking.
yup, kerana saya seorang yang agak introvert, jadi susah sikit nak "pecah ais" tu walaupun dgn keluarga sendiri.
tahniah atas kejayaan Sabtu lepas
Post a Comment