Monday, July 10, 2006

Tekan semula butang play

Zidane yang misterius.

Selepas menonton kekalahan Perancis kepada Itali pagi tadi, aku masuk tidur balik. Dengan hati tak tenteram. Kemudian, aku mengetuai pasukan Perancis membawa lari Piala Dunia dan menyeludupnya ke Paris. Seludupan kami berjaya. Takde siapa pun yang perasan kami masuk ke dalam pesawat kapal terbang tu. Kami masuk ikut kipas belakang. Panjat tangga. Seorang demi seorang. Dalam pesawat rupanya ada polis datang ronda. Aku suruh semua orang tanggal jersey dan pakai baju biasa untuk elak dari dicurigai. Tapi polis nampak jugak, lalu kami terpaksa berlari dalam kapal terbang tu sambil guna skil bolasepak masing-masing. Dalam kepala aku masa tu terbayang Zidane hempuk kepala dekat sorang pemain Itali. Pengadil tak nampak masa tu. Tapi rakaman video nampak. Lalu tak pasal-pasal dia dapat kad merah. Aku nampak dia menangis masa Buffon pujuk dia sambil pegang kepala dia yang keras tu. Zidane terus blah. Medal pun dia tak ambik. Sebenarnya masa kejadian tu berlaku, Zidane bukan dia yang sebenar. Sebelum dia hempuk kepala dia, (masa player Itali tu himpit dan carut-carutkan dia dengan unsur racist) dia dah disampuk polong. Polong tu lah yang Zidane kata suara yang bisik kat dia suruh tarik balik persaraan. Polong tu jugaklah yang suruh dia hempuk kepala kat orang.

Bila aku bangun, Zidane dah takde. Budak Itali yang kena hempuk dah takde. Pengadil Argentina dah takde. World Cup dah habis. Perancis dah kalah. Selamat kembali, realiti!

Aku kena pergi kerja. Dah pukul 7. Jumpa lagi dalam kembara Ali di alam fantasi empat tahun akan datang!





3 comments:

Anonymous said...

Huhuhuhuhu. Best-best ceritanya. Takpe ye saya masukkan link ke entry nih dari blog saya!

Haizir said...

oh, terima kasih sdr azhar!

Anonymous said...

ehh ni citer betul ke zariman..siannya sampai mimpi..kak tak leh tidur terus..lepas subuh terus tidur sampai kul 9.Nasib baik sendiri jd bos..kalau ada bos lg pasti kena macam kuda tua tu..

terima kasih pd azhar ahmad yg link padi mimpi zariman yg indah...