Monday, July 03, 2006
Keropok Kasih-Sayang
Barangkali entri saya yang lalu mengundang loya di tekak sebahagian pembaca, lalu atas sebab itu saya minta maaf kepada anda semua. Kadang-kadang kita tidak mengetahui akan sesuatu hal lalu kita menjauhi malah membencinya. Tidak dapat dinafi, saya juga kadangkala begitu; membenci sebelum tahu. Tapi bila dah tahu, terus jadi mahu. Sebab itulah agaknya timbul ungkapan yang biasa kita dengar, "Tak kenal maka tak cinta". Ada juga ungkapan yang lebih kurang sama maknanya yang pernah saya dengar dari seorang ustaz, "Man jahala syai'an, fa'adahu". Itu dalam Bahasa Arab. Bahasa Melayunya kira-kira begini:"Sesiapa yang jahil tentang sesuatu, dia akan membencinya". Kakak saya pula pernah berkata, "Keep your options open". Speaking London gitu. Cakap Melayunya begini agaknya, "Jaga pilihan-pilihan kamu buka. Eh, lain macam aje. Macam ini kot, "Pastikan kamu sentiasa mempunyai pilihan". Selain itu ada juga ungkapan-ungkapan lain seperti "Beringat sebelum kena", "Pandu cermat jiwa selamat" dan "Keranamu Malaysia" yang langsung tiada kaitan dengan entri ini. Sebut tentang kaitan, tajuk entri ini juga tiada kaitan dengan entri ini dan entri ini juga hampir-hampir tiada kaitan dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Wah.. dalam maksudnya tu.. lebih-lebih lagi tajuk entry tu. Okeh, petikan dari beberapa tokoh:
Nenek : "Murah rezeki kawan kau ni.."
Achik : "Don't ever deny what you are feeling.."
Faeen : "Kata nak ajak pergi, tak aci!"
Baem : "Kucing ada bulu."
Post a Comment